top of page

Mengasingkan Perbelanjaan Bisnes dan Perbelanjaan Peribadi

Kebanyakan daripada kita apabila mendapat hasil daripada bisnes terus menggunakannya untuk perbelanjaan peribadi seperti belanja sekolah anak, belanja dapur di rumah dan belanja makan minum bersama keluarga. Apabila berbuat demikian, terdapat beberapa perkara yang boleh berlaku:

Sukar untuk monitor perbelanjaan bisnes

Apabila kita terus mengambil hasil daripada bisnes tanpa membuat sebarang rekod, sangat sukar untuk memastikan berapakah hasil sebenar bisnes dalam tempoh tersebut dan juga  berapa jumlah sebenar yang diblanjakan untuk bisnes kerana semua perbelanjaan hasil bisnes telah bercampur dengan perbelanjaan peribadi.

2

Tidak dapat pelepasan cukai

Terdapat beberapa perbelanjaan bisnes layak untuk mendapat pelepasan cukai. Jika perbelanjaan bisnes telah bercampur dengan perbelanjaan peribadi adalah sangat sukar untuk menentukan jumlah sebenar perbelanjaan yang digunakan untuk bisnes. Jadinya, perniagaan tidak dapat menentukan jumlah perbelanjaan yang layak untuk mendapatkan pelepasan cukai dan terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi. 

Oleh itu, bagaimana untuk memastikan supaya anda boleh mengambil hasil daripada bisnes untuk kegunaan peribadi?  

Berikut merupakan perkara yang boleh anda lakukan: 

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi perniagaan untuk mengasingkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan untuk perniagaan. Anda boleh gunakan cara di atas untuk mengelakkan daripada perbelanjaan peribadi bercampur dengan perniagaan.

bottom of page