%2011%20in%20x%208_5%20in.png)

Tips Untuk Penayata Bank Cantik Bagi Jualan Secara Tunai
Perniagaan Jualan Secara Tunai
Kebanyakan daripada perniagaan kecil dan sederhana menjalankan aktiviti perniagaan secara tunai dimana pembeli perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebelum barang/perkhidmatan tersebut dijual. Jualan secara tunai ini tidak mempunya tempoh kredit yang membolehkan pembeli menggunakan kad kredit ataupun membayarnya di kemudian hari.
Bagi perniagaan secara tunai seperti ini, hasil tunai ditangan yang diterima setiap hari hendaklah terus di masukkan ke dalam bank perniagaan. Sebaik sahaja tutup kedai, anda hendaklah depositkan tunai ditangan tersebut ke dalam bank sebelum pulang ke rumah. Hal ini bagi mengelakkan anda menggunakan tunai di tangan tersebut untuk perbelanjaan peribadi.
Kemudian, anda boleh menggunakan resit deposit tersebut sebagai dokumen untuk merekodkan hasil jualan. Resit deposit mesti disimpan dengan baik untuk dijadikan rujukan. Bagaimana pula untuk pembayaran kepada pembekal? Bukankah lagi senang untuk guna dahulu tunai tersebut untuk membayar pembekal dan selepas itu baru deposit kan ke dalam bank?
Cara tersebut sebaliknya akan menyukarkan anda untuk menentukan jumlah sebenar hasil jualan yang anda terima pada hari tersebut. Tidak perlu risau, sekarang ini, kebanyakan pembekal mempunyai sistem pembayaran elektronik menggunakan QR kod. Selepas sahaja anda depositkan hasil jualan, anda boleh ke kedai untuk membeli bahan bagi perniagaan dan membuat pembayaran secara elektronik.
Dengan cara ini, transaksi perniagaan anda akan lebih cantik dan mudah untuk anda menyemak berapakah jumlah hasil perniagaan dan berapa pula jumlah dibelanjakan untuk membayar pembekal. Tambahan pula, penyata bank anda juga akan lebih kemas dan memudahkan untuk urusan permohonan gran perniagaan ataupun pinjaman dengan bank..
Anda yang menjalankan perniagaan secara tunai hendaklah disiplin dan konsisten melaksanakan cara ini bagi mengelakkan hasil tunai ditangan digunakan untuk perkara yang tidak sepatunya disamping memudahkan anda untuk monitor transaksi hasil jualan dan perbelanjaan perniagaan.